Langkau ke kandungan utama

Sakit Badan Selepas Bersalin



Assalamualaikum..

Saya merupakan antara peminat susu baik bancuh sendiri atau susu kotak jenama Dutch Lady.Tapi, sejak melahirkan anak ke-5 baru-baru ini pinggang saya sakit macam nak putus..Macam lah pernah putus pinggang kan? Heee...anak baru umur 5 bulan dah rasa sakit-sakit pinggul, belakang dan belikat. Eh! Belum cukup ke keperluan kalsium saya? 

Bila menyusu anak, saya selalu mengiring menyebabkan belakang saya bertambah sakit. Bila dapat terbaring rasa lega sangat tapi sakit tu hilang sekejap sahaja. Selepas mengiring sebelah kanan mengiring pula sebelah kiri.Pasti ibu hamil dan menyusu yang lain juga mempunyai pengalaman seperti ini. sakit-belakang . Sakit pada sendi selepas melahirkan anak sebenarnya kerap berlaku. Ini disebabkan ketika hamil, tubuh wanita mengeluarkan “hormon relaxin” yang berfungsi bagi melonggarkan sendi dan ligamen, bertujuan agar tulang pelvis mudah dilonggar supaya “jalan untuk bersalin”dapat diperbesarkan. Namun begitu adakah anda terfikir bahawa sakit belakang akan hilang sebaik sahaja anda melahirkan bayi? Ligamen yang longgar ini menyebabkan sendi menjadi sakit apabila digerakkan, dan selalunya mengambil masa beberapa bulan sebelum sembuh seperti keadaan sebelum hamil.Namun begitu,jika anda mengalami masalah ini, anda tidak bersendirian. Hampir 50 peratus wanita  mengalami sakit belakang dalam beberapa bulan pertama selepas melahirkan anak. Ibu yang menyusu anak memang memerlukan lebih banyak kalsium!!

Faktor Yang Menyebabkan Sakit Belakang Selepas Bersalin

Semasa hamil rahim akan membesar dan otot-otot abdomen perlu bekerja keras untuk menampung kandungan dan menyebabkan posisi badan turut berubah. Tekanan pada belakang badan menyebabkan anda berasa sangat sakit. Tempoh proses kelahiran yang lama semasa melahirkan bayi juga mampu memberi kesan kepada tulang belakang. Semasa bersalin, anda mungkin menggunakan otot-otot anda sepenuhnya dan mengakibatkan kesannya dirasai beberapa bulan selepas kelahiran. 

Posisi yang salah ketika menyusukan bayi dengan postur yang tidak betul seperti membongkok juga akan menyebabkan sakit belakang. Banyak tenaga digunakan semasa tempoh berpantang dan penjagaan bayi menyebabkan kesakitan bahagian belakang tidak pulih sepenuhnya dan berulang. Melakukan kerja berat atau mengangkat barang dengan postur yang salah juga boleh menjejaskan kesihatan tulang belakang. 

Sampai Bilakah Belakang Saya Akan Sakit? 

Masalah ini bergantung kepada tahap kesihatan dan cara hidup kita seharian. Namun begitu perkara ini adalah normal selepas beberapa bulan melahirkan anak. Tetapi tempoh ini bergantung kepada beberapa faktor lain seperti sejarah sakit belakang, obesiti,dan berapa kerap anda bersenam bagi menguatkan otot-otot abdomen. 

Berjalan merupakan cara paling mudah membantu mengurangkan sakit belakang dan selamat dilakukan sama ada bersalin secara normal atau melalui pembedahan. Lakukan perlahan-lahan dan sekejap untuk beberapa minggu.  Mulakan dengan senaman untuk menguatkan otot abdomen dan ‘pelvic titts’ sebagai rutin harian anda. Jika sakit belakang anda semakin kuat, segera dapatkan nasihat doktor. 

Perhatikan juga posisi semasa kita duduk dan berdiri. Adalah penting anda duduk tegak ketika menyusukan bayi sama ada menyusu botol atau menyusu badan. Gunakan alat sokongan seperti kerusi atau tilam khas jika anda mengalami sakit belakang di bahagian bawah,gunakan kerusi berkaki tinggi untuk memastikan kaki anda lebih tinggi sedikit dari lantai. Pilih kerusi yang selesa untuk anda duduk dan ketika memegang bayi, menyusu dan berehat. Gunakan tilam yang memberi sokongan baik kepada tulang belakang untuk meredakan kesakitan. 

Ramai yang mengalami sakit belakang kerana posisi mengangkat barang mereka yang tidak betul. Amat digalakkan untuk membengkokkan lutut ketika mengangkat barang dan mengangkat bayi anda dari lantai dan tidak menunduk. Namun begitu,sakit belakang di kalangan wanita tidak boleh dipandang ringan. Hal ini kerana wanita adalah tulang belakang keluarga..;-) Sekiranya kesakitan ini berlarutan,ia akan menyebabkan stress dan kemurungan sekaligus membawa kepada gejala yang lebih memudaratkan. Oleh itu, bertindak segera untuk mengatasi masalah ini. 
Ambil kalsium (Ostematrix) secukupnya sebelum parah atau anda boleh mengambil Set Sendi Shaklee untuk kesihatan sendi anda. 

Nota :
Tahukah anda setiap dewasa disarankan mengambil Kalsium 600mg hingga 1000mg untuk memenuhi keperluan tubuh. Oleh itu jelaslah bahawa ibu hamil memerlukan lebih daripada itu. Ostematrix diformula untuk mudah diserap oleh badan. Kalsium dari susu datang dari pelbagai sumber dan kemungkinan sukar diserap oleh badan. Namun dengan 4 biji Ostematrix sudah menyamai keperluan kalsium orang dewasa. Ostematrix membekalkan nutrien harian, termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penyelenggaraan tulang dan gigi. Ia juga termasuk magnesium, vitamin D dan zink mineral, tembaga dan mangan, untuk membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik. Pengambilan 4 biji sehari (sebiji mengandungi 250mg kalsium) sudah cukup untuk memastikan keperluan kalsium anda dan bayi mencukupi.

Jadi, jangan biarkan anda atau isteri anda melarat sakit belakang. 

Dapatkan sebotol Ostematrix hari ini dan bulan-bulan akan datang!!

wassup_0138214890

wassup_0138214890

SID anda
Noor Hasmah
1104421




Ulasan

Cahaya Farah berkata…
Memang terasa bila bila sakit belakang nie.
Saya kalau tersilap posisi masa susukan anak...mesti nak bangun rasa berat kat pinggang lebih-lebih labi bila dekat-dekat nak period.

Jom santai-santai join Giveaway
Giveaway Nurfuzie Dot Com #1

Boleh singgah baca artikal
Ostematrix
Noor Hasmah berkata…
kan? samalah kita..tapi sejak amalkan ostematrix , kesakitan makin berkurang..thanks sbb sudi singgah..
Maziah Jamaludin berkata…
Sakit badan,sakit pinggang, sakit belakang semua ada..alhamdulillah ostematrix banyak membantu..

Mengapa Masih Sakit Belakang Selepas Bersalin

Catatan popular daripada blog ini

Bartholyn Cyst Dan Cara Rawatannya

Assalamualaikum

Pertanyaan dari seorang customer pagi ni membuka mata saya pada Bartholyn Cyst iaitu keadaan dimana kelenjar bartholin tersumbat.

Setiap wanita mempunyai sepasang kelenjar Bartholin, satu di kanan dan satu lagi di kiri bahagian berhampiran pintu faraj. Kelenjar ini berfungsi menghasilkan cecair sebagai pelincir apabila nafsu seseorang wanita terangsang.Setiap kelenjar bartholin berfungsi menghasilkan cairan, yang kemudian disalurkan keluar melalui saluran yang disebut saluran kelenjar barthollin. Fungsi cairan ini adalah menjaga kelembapan vagina agar dalam keadaan sihat. Jika kelenjar bartholin terganggu, maka produksi cairan vagina turut terganggu dan menyebabkan terganggunya kesihatan vagina.
Lazimnya kelenjar Bartholin yang tersumbat laluannya boleh menyebabkan cecair terbabit berkumpul di dalam kelenjar sehingga membentuk cyst yang semakin lama semakin membesar apabila seseorang wanita mengalami rangsangan seksual berulang kali. Bartholyn cyst sebenarnya …

Tips Anak Tertelan Barang

Aduh!! Mak mana yang tak risau kalau anak kecil apatah lagi yang berumur dalam lingkungan 1-5 tahun tertelan barang!
Apa yang perlu dibuat?
*Rilek *Jangan Panik *Bawa anak ke hospital
Apa yang pihak hospital akan lakukan?

X-ray dada (chest) dan abdomen (perut)
x-ray akan menentukan dimana kedudukan barang tersebut.
Sama ada di: - Esophagus (salur dari mulut ke perut) -Dalam perut -Ataupun dalam usus kecil/besar
X-ray juga dapat estimate berapa besar benda tersebut dan menentukan apa yang patut doktor buat.
Kebiasaannya barang yang ditelan akan masuk terus ke sistem penghadaman. Dari Esophagus, turun ke perut, selepas tu ke usus kecil dan ke usus besar.
Sekiranya anak anda mengalami simptom :
-batuk -susah bernafas -muka jadi kebiruan
Itu merupakan tanda barang tersebut tersekat di salur pernafasan.
Sekiranya anak anda mengalami simptom:
-muntah -tidak dapat menelan makanan/minuman -sakit perut -berak berdarah -demam
Itu merupakan tanda barang tersebut tersekat di salur penghadaman sama ada di Esophagus ataupu…