Langkau ke kandungan utama

3 TIPS MENJEMPUT REZEKI

"Rasa macam susah je rezeki nak masuk. Jual barang, tiada pula orang nak beli. Orang lain tu, dalam sehari tak menang tangan menguruskan sale customer."

Kita? (Krik..krik..)

Bertenang..bertenang. Tanpa kita sedar sebenarnya, banyak sangat rezeki yang Allah kurniakan buat kita sehari-hari. Kita saja yang nampak rezeki Allah itu dalam bentuk DUIT & JUALAN SAJA. 

Sebenarnya banyak bentuk rezeki yang Allah nak beri

Rezeki bukan DUIT saja tau! Rezeki Allah ini luas sangat. 

1. Rezeki Untuk Hidup.

Bangun pagi, masih diberikan peluang untuk hidup. Itu rezeki. Allah masih berikan ruang waktu untuk bertaubat dan beramal.

2. Rezeki Kesihatan

Allah masih berikan kesihatan yg baik. Itu rezeki. Ada orang terpaksa terlantar di katil kerana strok. Ada juga orang terpaksa bergantung kepada mesin oksigen untuk bernafas dengan sempurna. 

3. Rezeki Ketenangan & Keamanan

Malaysia masih aman. Banyak juga Allah kurniakan nikmat ketenangan dan keamanan kepada kita. Takde lah hidup kita selalu tak tenang bak macam orang kena kejar ceti haram tu.

4. Rezeki Keluarga Yang Sihat & Ceria

Tengok kiri dan kanan, anak-anak, suami, mak ayah, semua sihat dan ceria. Itu pun rezeki yang besar utk kita. Bayangkan orang-orang tersayang kita ni sakit, tentu kita susah hati kan?

5. Rezeki Dapat Suami/Isteri Yang Baik

Cuba tengok dalam suratkhabar tu ha! Suami pukul isteri, isteri curang dengan suami, macam-macam dah dunia sekarang ni. Tapi, Allah masih berikan kita calon suami dan isteri yang baik. 

6. Rezeki Makanan

Cuba tengok makanan yang kita makan tu. Pernah tak skip makan pagi, makan tengahari atau makan malam sebab tiada makanan? Tak pernah kan. Tak makan pun sebab puasa, diet atau malas keluar beli makanan. 

Banyak lagi kalau nak ceritakan tentang rezeki yang tidak pernah putus Allah berikan pada kita. Kita saja yang tak nampak. Sebab rezeki mengikut tafsiran kita ialah DUIT YANG BANYAK. Salah tafsiran tu ok! Perlu betulkan mind set kita.

3 Tips Menjemput Rezeki

Hari ini, saya nak kongsi 3 tips menjemput rezeki dengan cepat. 3 tips sahaja untuk anda terus beramal ok!

1. Banyak kena bersyukur pada Allah. 

Kalau kita teliti betapa banyak rezeki yang Allah dah berikan pada kita, tentu kita rasa malu sangat sebab tak pernah sedar pun rezeki Allah bagi dan tak pernah menzahirkan syukur pun pada Allah. 

Jadi bagaimana nak bersyukur?

Manifestasi syukur itulah yang dipersembahkan dlm bentuk solat di awal waktu, solat dhuha, berbuat baik kepada keluarga, bersedekah, sentiasa bersikap ihsan kepada sesama manusia tidak kira level dan sentiasa rendah diri pada Allah.

2. Perbanyakkan Istighfar. 

Istighfar membuka pintu rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.

“Beristighfarlah kepada Rabb kalian, sungguh Dia Maha Pengampun. Niscaya Dia akan menurunkan kepada kalian hujan yang lebat dari langit. Dan Dia akan memperbanyak harta serta anak-anakmu, juga mengadakan kebun-kebun dan sungai-sungai untukmu”. (Surah Nuh: 10-12).

3. Doa Dengan Spesifik

Kita sering lupa kuasa doa. Kita merasakan doa itu perkara biasa sahaja setiap kali selepas solat. Dan kita teragak-agak untuk doa secara specifik. Kalau kita tengok kisah Nabi Zakaria, bagaimana dia minta pada Allah secara spesifik mahukan zuriat untuk meneruskan tugas membawa risalah, walaupun pada ketika itu isterinya telah tersangat tua dan secara logiknya memang tidak akan mengandung lagi. Namun, Allah tetap kabulkan doanya.

"Berdoalah kepadaKu, niscaya akan Kuperkenankan bagimu'."(Al-Mukmin: 60). 

Sentiasa Bersyukur Istighfar dan Berdoa

<3 Selamat Beramal Semua <3

#CVGGroup

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Yang Perlu Kita Tahu..Berapa Oz Yang Bayi Patut Minum..

Bismillah.. Pasti ada antara kita yang masih confuse terutama mak-mak yang baru melahirkan anak..berapa oz susu yang nak diberi pada anak terutama bayi yang kurang dari setahun. Misi kat klinik pernah bertanya  pada saya berapa oz susu saya bagi pada anak yang umur 2 bulan? Saya jawab saya masih breasfeeding dan bagi susu formula hanya sesekali saja. Itupun tak sampai 2 oz. Then misi pun jawab, sepatutnya bayi yang berumur bawah 5 bulan, hanya perlu minum susu tidak lebih dari 3 oz untuk setiap kali penyususna. Logiknya perut bayi memang tak besar..hanya sebesar biji guli saja! Nak tahu macam mana cara menentukan berapa oz susu yang nak diberi kepada bayi anda? Cuba formula ini.. Darabkan berat badan bayi (dalam unit pound) dengan 2.5 Formula mengikut umur bayi Baru dilahirkan sehingga berumur sebulan - 30ml-60ml (1oz-2oz) Sebulan sehingga 2 bulan - 90ml-120ml(3oz-4oz) 2 bulan sehingga 6 bulan - 120ml-180ml (4oz-6oz) 6 bulan hingga setahun - 180ml-220ml (6o

Cara Pengambilan ESP SHAKLEE Dengan Betul

Assalamualaikum dan salam sayang semua pengunjung setia blog Noorzamris Hari ni nak cerita lagi tentang one of our best seller.. apa lagi kalau bukan  ESP ...!! SIAPA DAH JATUH CINTA DENGAN ESP??? yang dah cuba mesti jatuh cinta dengan ESP ni...  betul tak??? Saya pun dah jatuh cinta juga...hehe tapi,ada yang mengeluh kata macam mana nak jatuh cinta,nak bancuh pun tak tau macam mana..sabar ye...ni nak bagitau macam mana cara pengambilan yang betul untuk ESP ni supaya semua orang boleh cuba dan jatuh cinta dengannya...hehe banyak cara sebenarnya boleh bancuh ESP ni..mudah aje...cuma perlu ingat jangan bancuh dengan air panas dan jangan campur dengan minuman yang ada kafein.. CARA PENGAMBILAN ESP SHAKLEE: -bancuh 3 sudu besar ESP bersama air kosong atau campur ke dalam minuman kegemaran anda...kalu rasa 3 sudu besar tu pekat sangat,boleh bancuh sikit2... contohnya, pagi bancuh 1 sudu besar, tengahari 1 sudu besar dan sebelum tidur 1 sudu besar

Tips Pengambilan Terbaik Vivix

Vivix ®  Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Vivix ®  mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. Vivix sudah dipatenkan. Bahan-bahan utamanya telah diuji secara klinikal dan ianya eksklusif hanya untuk Shaklee. Cara Makan Vivix Kaedah 1 Cara Pengambilan Vivix: 1 sudu teh sehari Ambil 1 sudu teh sebelum sarapan atau selepas bangun tidur. Vivix paling bagus diambil semasa perut kosong. Sekiranya anda penghidap gastrik, anda dinasihatkan mengambil vivix selepas makan. Pastikan anda minum air dengan banyak juga, sekurang-kurangnya 3 liter sehari. 1 liter air = 25 kg berat badan Sukatan 1 sudu teh diberikan adalah standard sahaja, sekiranya anda am