Langkau ke kandungan utama

Influenza A H1N1

Apakah itu Influenza A (H1N1)?
Influenza A(H1N1) ialah sejenis demam selesema yang sangat mudah berjangkit. Simptom selesema ini adalah hampir sama seperti selsema bermusim biasa. Ia juga dinamakan selsema babi kerana ia adalah satu bentuk virus baru yang dikatakan berasal daripada babi. 
Bagaimanakah Influenza A (H1N1) merebak?
Selsema H1N1 merebak dari individu ke individu sama seperti cara virus selsema lain merebak: melalui batuk dan bersin oleh individu yang dijangkiti. Selsema H1N1 sangat mudah berjangkit dan merebak, terutamanya dalam ruang tertutup di mana terdapat kontak yang rapat di antara orang yang dijangkiti dan orang yang sihat. Walaupun digelar "selsema babi" namun penyakit ini tidak boleh dijangkiti daripada pemakanan atau penyediaan daging babi. 

Apakah simptom-simptom Influenza A (H1N1)?
Kesan selsema H1N1 berbeza dari individu ke individu. Sesetengah individu yang dijangkiti virus ini hanya mengalami simptom yang sederhana. Tetapi terdapat juga individu yang boleh mengalami komplikasi seperti dehidrasi, pneumonia (radang paru-paru) atau kesukaran untuk bernafas. 
Simptom-simptom selesema H1N1 adalah hampir sama dengan simptom-simptom selsema biasa: 
demam; dengan mengejut;
keletihan atau kurang tenaga;
sakit tekak;
hidung berhingus
batuk;
sakit kepala;
sakit otot dan sendi.
Selsema H1N1 juga boleh menyebabkan: 
sakit abdomen akut;
cirit-birit;
muntah.

Selsema H1N1 boleh menyebabkan demam yang panas: jika bayi anda menghidap selsema biasa, kadar suhu ketika demam selalunya tidak melebihi 39 darjah C (102.2 darjah F). Jika bayi anda menghidap selesema H1N1, suhu bayi anda boleh mencecah lebih daripada 39 darjah C; 2 darjah lebih tinggi daripada suhu badan normal. Hubungi doktor untuk nasihat jika anak anda menunjukkan tanda-tanda berikut: 

·         demam panas;
·         mengantuk;
·         tidak mahu berinteraksi;
·         telah kehilangan selera makan.
Kanak-kanak yang menghidapi kes jangkitan selesema H1N1 yang teruk kadangkala menunjukkan simptom seperti: 
·         kegelisahan yang ekstrim;
·         kesukaran bernafas;
·         perubahan warna kulit atau kulit berkerut/ berkedut;
·         sawan

Jika anak anda mempunyai gejala-gejala tersebut, sila hubungi doktor anda secepat mungkin. 
Bagaimanakah Influenza A (H1N1) merebak?
Selsema H1N1 merebak dari individu ke individu iaitu sama seperti cara virus selsema lain merebak: melalui batuk dan bersin oleh individu yang dijangkiti. Selsema H1N1 sangat mudah berjangkit dan merebak, terutamanya dalam ruang tertutup di mana terdapat pergaulan rapat di antara orang yang dijangkiti dan orang yang sihat. Virus babi seperti H1N1 tidak berpunca daripada pemakanan atau penyediaan daging babi. 
Apakah yang perlu saya lakukan jika anak saya menunjukkan simptom Influenza A (H1N1)?Hubungi doktor anda dan jelaskan simptom yang kelihatan serta suhu badan anak anda. Beritahu doktor umur anak anda dan sama ada dia atau sesiapa sahaja di dalam rumah anda mempunyai sebarang masalah kesihatan lain. Oleh kerana virus ini sangat mudah berjangkit, doktor mungkin akan memberi diagnosis melalui telefon untuk mengurangkan pendedahan kepada virus H1N1. Adakah terdapat sebarang rawatan bagi Influenza A (H1N1)?Jika doktor anda mengesahkan bahawa anak anda telah dijangkiti Influenza A (H1N1), anda perlu menjaga dia di rumah dan memberi rawatan sama seperti selesema biasa. Pastikan anak anda mendapat rehat yang mencukupi dan memberinya banyak air untuk memastikan dia terhidrasi dengan baik. Jika anak anda masih menyusu badan, teruskan ataupun, jika anak anda sudah mula minum susu formula, berikannya susu formula dan air suam. Jika anak anda sudah mula makan makanan pejal, dorong anak anda untuk terus makan. 
Kawal suhu anak dengan menggunakan kipas angin ataupun span basah. Anda juga boleh memberikannya paracatemol untuk kanak-kanak bagi mengurangkan suhu badannya. Ikut arahan dengan teliti dan jangan melebihi dos yang ditetapkan. 

Buat masa terdekat ini, masih belum terdapat penawar bagi selsema H1N1, namun begitu, ubat antivirus boleh digunakan untuk melegakan simptom-simptom dan membantu anak anda pulih dengan lebih cepat. Untuk memastikan keberkesanan ubat antivirus, ia harus diberikan dalam tempoh 48 jam daripada permulaan simptom-simptom awal. 

Adakah selamat untuk memberikan antivirus kepada anak saya?
European Medicines Agency, yang mengawasi penggunaan ubat di Kesatuan Eropah, telah menyarankan bahawa bayi dan anak-anak boleh mengambil ubat antivirus yang dikenali sebagai oseltamivir, umumnya dikenali sebagai Tamiflu. Doktor anda akan memutuskan jika ini adalah rawatan yang tepat untuk anak anda. 
Apa yang boleh saya lakukan untuk mengelakkan keluarga saya dijangkiti Influenza A (H1N1)?
Sama seperti selesema biasa, terdapat beberapa perkara yang anda perlu lakukan untuk mengelakkan jangkitan dan mengurangkan penyebaran: 
·  Tutup hidung dan mulut anda dengan tisu pakai buang apabila anda batuk dan bersin, dan buangkan tisu itu selepas digunakan.
·   Jika anda tidak mempunyai tisu, tutup mulut anda dengan bahagian dalam siku anda apabila batuk atau bersin, ini akan mengelakkan penyebaran jangkitan ke tangan anda dan akan mengurangkan penyebaran penyakit ini.
·  Selepas batuk dan bersin, basuh tangan anda dengan air suam dan sabun. Gosok kedua-dua belah tangan anda yang bersabun sekurang-kurangnya 15 saat dan bilas dengan air yang banyak. Jika tiada sabun dan air, gunakan pengelap pakai buang berasaskan alkohol atau sanitiser gel.
·  Jangan sentuh mata, hidung atau mulut anda sebab kuman merebak dengan pantas.
·  Basuh tangan anda dengan kerap – virus boleh hidup sehingga dua jam pada permukaan seperti tombol pintu dan telefon.
·  Amalkan diet yang sihat termasuk banyak buah-buahan segar, sayur-sayuran dan makanan penuh bijiran – keseimbangan ini akan memberikan anda mineral dan vitamin antioksida seperti vitamin C yang akan membantu melawan jangkitan.

Berapa lamakah bayi saya boleh menjangkiti orang lain jika dia menghidapi Influenza A (H1N1)?
Tempoh berjangkit bagi pesakit Influenza A (H1N1) adalah sehingga 7 hari daripada tempoh penyakit itu bermula. Kanak-kanak, terutamanya yang lebih muda, mungkin mempunyai tempoh berjangkit yang lebih lama.

info: babycenter



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Yang Perlu Kita Tahu..Berapa Oz Yang Bayi Patut Minum..

Bismillah.. Pasti ada antara kita yang masih confuse terutama mak-mak yang baru melahirkan anak..berapa oz susu yang nak diberi pada anak terutama bayi yang kurang dari setahun. Misi kat klinik pernah bertanya  pada saya berapa oz susu saya bagi pada anak yang umur 2 bulan? Saya jawab saya masih breasfeeding dan bagi susu formula hanya sesekali saja. Itupun tak sampai 2 oz. Then misi pun jawab, sepatutnya bayi yang berumur bawah 5 bulan, hanya perlu minum susu tidak lebih dari 3 oz untuk setiap kali penyususna. Logiknya perut bayi memang tak besar..hanya sebesar biji guli saja! Nak tahu macam mana cara menentukan berapa oz susu yang nak diberi kepada bayi anda? Cuba formula ini.. Darabkan berat badan bayi (dalam unit pound) dengan 2.5 Formula mengikut umur bayi Baru dilahirkan sehingga berumur sebulan - 30ml-60ml (1oz-2oz) Sebulan sehingga 2 bulan - 90ml-120ml(3oz-4oz) 2 bulan sehingga 6 bulan - 120ml-180ml (4oz-6oz) 6 bulan hingga setahun - 180ml-220ml (6o

Cara Pengambilan ESP SHAKLEE Dengan Betul

Assalamualaikum dan salam sayang semua pengunjung setia blog Noorzamris Hari ni nak cerita lagi tentang one of our best seller.. apa lagi kalau bukan  ESP ...!! SIAPA DAH JATUH CINTA DENGAN ESP??? yang dah cuba mesti jatuh cinta dengan ESP ni...  betul tak??? Saya pun dah jatuh cinta juga...hehe tapi,ada yang mengeluh kata macam mana nak jatuh cinta,nak bancuh pun tak tau macam mana..sabar ye...ni nak bagitau macam mana cara pengambilan yang betul untuk ESP ni supaya semua orang boleh cuba dan jatuh cinta dengannya...hehe banyak cara sebenarnya boleh bancuh ESP ni..mudah aje...cuma perlu ingat jangan bancuh dengan air panas dan jangan campur dengan minuman yang ada kafein.. CARA PENGAMBILAN ESP SHAKLEE: -bancuh 3 sudu besar ESP bersama air kosong atau campur ke dalam minuman kegemaran anda...kalu rasa 3 sudu besar tu pekat sangat,boleh bancuh sikit2... contohnya, pagi bancuh 1 sudu besar, tengahari 1 sudu besar dan sebelum tidur 1 sudu besar

Tips Pengambilan Terbaik Vivix

Vivix ®  Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Vivix ®  mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. Vivix sudah dipatenkan. Bahan-bahan utamanya telah diuji secara klinikal dan ianya eksklusif hanya untuk Shaklee. Cara Makan Vivix Kaedah 1 Cara Pengambilan Vivix: 1 sudu teh sehari Ambil 1 sudu teh sebelum sarapan atau selepas bangun tidur. Vivix paling bagus diambil semasa perut kosong. Sekiranya anda penghidap gastrik, anda dinasihatkan mengambil vivix selepas makan. Pastikan anda minum air dengan banyak juga, sekurang-kurangnya 3 liter sehari. 1 liter air = 25 kg berat badan Sukatan 1 sudu teh diberikan adalah standard sahaja, sekiranya anda am